Jenayah dilibat John McAfee

Pada 12 November 2012, pihak berkuasa Belize mula mencari McAfee berikutan suatu pembunuhan dilakukan ke atas seorang jirannya iaitu Gregory Viant Faull,[8] seorang ekspatriat Amerika Syarikat yang mati ditemui dengan bekas tembakan pada hari sebelumnya di kediaman Ambergris Caye timur laut Belize.[9][10] McAfee sendiri merasakan Faull merupakan mangsa tidak bernasib baik di mana sebenarnya diri sendiri yang disasarkan dalam pembunuhan ini;[8] Perdana Menteri Beliz Dean Barrow menganggap dakwaan diujarkan McAfee "sangat paranoid bahkan juga gila".[11]

Pada tahun samalah, John melarikan diri dari pemburuan pihak berkuasa Belize.[12][13][14]

John ditangkap selepas pihak tersebut berjaya mendapatkan lokasinya data tertanam dalam gambar paparan laporan wawancara "sulit" bersama Vice Media di sebuah resort di Guatemala.[15] McAfee akhirnya muncul di hadapan orang ramai untuk memohon suaka politik.[16] Beliau ditahan pada 5 Disember 2012 atas percubaan memasuki Guatemala secara haram.[17]

Rujukan

WikiPedia: John McAfee http://link.brightcove.com/services/player/bcpid65... http://www.foxnews.com/tech/2012/11/12/us-antiviru... http://in.reuters.com/article/2012/12/06/belize-mc... http://www.theguardian.com/us-news/2021/jun/23/joh... http://docquery.fec.gov/pdf/254/201509089001618254... https://apnews.com/article/europe-extradition-tech... https://www.bbc.com/news/world-latin-america-20629... https://www.businessinsider.com/john-mcafee-death-... https://elpais.com/economia/2021-06-23/el-fundador... https://www.elperiodico.com/es/sociedad/20210623/m...